Jenis-jenis Peribahasa
A) Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa ialah kata-kata ringkas atau perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud
tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata.
Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.
Contoh:
1. Simpulan Bahasa yang mempunyai dua makna.Contoh
(a)
Ada angin
*
mempunyai kemahuan
*
sikap atau perasaan yang meninggi diri.
(b)
Anak buah
*
orang yang berada dibawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau penghulu.
*
anak saudara
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
muka talam, muka tembok dan
muka tebal