Tuesday 25 October 2011

JENIS-JENIS AYAT


Terima Kasih buat rakan blogger yang sudi berkongsi


JENIS-JENIS AYAT


Ayat ialah susunan kata yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna. Ayat yang sempurna mestilah mengandungi dua komponen iaitu subjek dan predikat




  • Subjek     =>  benda atau bahagian ayat yang diterangkan
  • Predikat  => cerita atau bahagian ayat yang menerangkan subjek



Ayat dibahagikan kepada empat jenis iaitu;






1. AYAT PENYATA

Ayat Penyata ialah ayat yang menyatakan, memerihalkan atau memberikan keterangan.


Contoh: Penduduk di kawasan itu bekerja sebagai petani.




2. AYAT TANYA
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara atau hal dsb. Ayat ini ditandai dengan tanda tanya atau tanda soalan (?) di hujung ayat.
Ayat tanya terbahagi kepada 2 jenis:


i. Ayat tanya dengan kata tanya (apa, bila, berapa, bagaimana, mengapa, kenapa, siapa dsb.)


Contoh:
Siapakah olahragawan sekolah kamu pada tahun ini?


ii. Ayat tanya tanpa kata tanya.
   ( Ayat penyata yang diletakkan tanda tanya di hujung
     ayatnya.)


Contoh:
Kedua-dua batang jarinya kudung?


(Ayat tanya ini terbentuk dengan meninggikan nada suara
yang berbentuk soalan atau pertanyaan)




3. AYAT PERINTAH
Ayat perintah ialah ayat yang berbentuk suruhan atau
arahan, larangan, silaan, atau permintaan dengan tujuan
menimbulkan sesuatu tindakan.


Contoh:
Jangan bermain di tepi lombong itu.




4. AYAT SERUAN
Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk menggambarkan atau melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti terkejut, marah, mengejek, sakit, takut, dan hairan. Ayat ini pada umumnya didahului oleh kata seru Ah, Amboi, Nah, Wah, Cis dsb. Pada penghujung ayatnya pula dibubuh tanda seru (!)


Contoh:
Aduh, bisanya tikaman itu!





RAGAM AYAT


Ayat terbentuk daripada gabungan dua komponen utama,iaitu subjek dan predikat.


Ayat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:



  • Ayat Tunggal
  • Ayat Majmuk



1. AYAT TUNGGAL


Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.


Contoh:


          
2. AYAT MAJMUK


Ayat majmuk mengandungi beberapa ayat tunggal.


Contoh:

  1. Sheila dan Zakiah berjalan kaki ke sekolah.
  2. Penglihatan Pak Ali masih baik walaupun sudah tua.


No comments:

Post a Comment